title_.jpg

Home | Program | PIBG | Lokasi | Forum | Sejarah | Logo | Organisasi | Akademik | Hal-ehwal | KoKurikulum

tama.jpg

Sejarah Perkembangan

     SMK Taman Desa Skudai (SMKTDS) ditubuhkan mengambil sempena nama sebuah taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan projek sekolah ini iaitu Taman Desa Skudai.

     SMK Taman Desa Skudai terletak di Taman Desa Skudai yang jaraknya  20 km dari pusat bandar Johor bahru. in dibina dipinggir Taman Desa  Skudai yang bersebelahan dengan Taman Universiti. Jarak SMK Taman Universiti 2 dengan SMK Taman Desa Skudai ialah 1 km. Manakala SK Taman Desa Skudai terletak bersebelahan dengan SMK Taman Desa Skudai.

     Alamat penuh sekolah ini ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA SKUDAI, JALAN SEJAHTERA 16, TAMAN DESA SKUDAI, 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR.

     Sekolah ini telah dibina diatas tapak LotPTD52998 oleh sebuah syarikat kontraktor bumiputera SYARIKAT REDUAN MAIDIN SDN. BHD. dan reka bentuknya diilhamkan oleh NKC ARCHITECT. sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep 'resort' dan secara 'design and build'.

     Kerja-kerja asas pembinaannya telah dimulakan pada 29 Mei 2000 dan siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2001. namun secara fizikalnya, sekolah ini dapat disiapkan dengan sempurna pada 30 Disember 2001.

     Sekolah ini telah diserahkan secara rasminya oleh pihak pemaju kepada Jabatan Pendidikan pada 12 Mei 2003, mula beroperasi pada 16 Jun 2003 dengan dikendalikan oleh 2 orang iaitu Encik Gunodo bin Daman, selaku penyelaras sekolah dan Encik Azmi bin Ahmad. Pengetua pertama sekolah ini iaitu Puan Hajah Siti Aishah binti Omar mula bertugas pada 16 Jun 2003. Pelajar mula mendaftar pada 1 Julai 2003.

     Upacara pembukaan rasmi sekolah telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Ruhhanie bin Mangi pada 7 Julai 2003. pada 17 Julai 2003, sekolah ini telah dilawati oleh pengetua-pengetua sekolah menengah derah Johor Bahru. pada hari ini, SMK Taman Desa Skudai telah mempunyai 55 tenaga pengajar dengan 1042 orang pelajar. pelajar terbahagi kepada tingkatan 5 sebanyak 4 kelas, tingkatan 4 sebanyak 4 kelas, tingkatan 3 sebanyak 5 kelas, tingkatan 2 sebanyak 7 kelas, tingkatan 1 sebanyak 7 kelas dan peralihan sebanyak 2 kelas.

    Selain itu, sekolah ini mempunyai blok pentadbiran, 5 buah blok bilik darjah termasuk makmal, bengkel, kantin dan stor, sebuah pos pengawal, tempat menunggu bas, tempat meletak basikal, tempat letak kereta guru dan pelawat serta padang dan gelanggang permainan.

 

MATLAMAT SEKOLAH
 
KURIKULUM
  • Memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM
  • Memastikan pelajar menguasai kemahiran 3M ( membaca, mengira dan menulis)
  • Melahirkan pelajar yang komited dan gigih terhadap pelajaran.
  • menyediakan keperluan individu dengan menggunakan kaedah, teknik dan bahan yang pelbagai.

KOKURIKULUM

  • mewujudkan integrasi kaum melalui aktiviti kokurikulum dan memperoleh kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.

HAL EHWAL MURID

  • Melahirkan pelajar yang setia dan cintakan sekolah
  • melahirkan pelajar yang menghargai kemudahan sekolah dan
  • melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mengamalkan nilai-nilai murni.

PENGURUSAN / PENTADBIRAN SEKOLAH

  • Menyediakan iklim sekolah yang ceria, penyayang, selamat dan kondusif untuk pembelanjaran
  • menyediakan sumber yang lengkap untuk perlaksanaan P&P dan aktiviti kokurikulum yang efektif dan efisien.
  • Melahirkan staf berkualiti yang mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi, proaktif, komited dan kompeten
  • menjalin hubungan yang berkesan dengan ibubapa, komuniti, pelanggan dan 'stakeholders'.

 

OBJEKTIF SEKOLAH

  • Meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum ke tahap cemerlang
  • Meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kokuriulm ke tahap cemerlang
  • Memastikan keahlian pelajar dalam setiap komponen kokurikulum terdiri daripada pelbagai kaum
  • Meningkatkan mutu disiplin pelajar ke tahap yang sebaik-baiknya.
  • Memupuk dan menanam semangat kecintaan dan kesetiaan kepada sekolah
  • Memupuk dan menanam semangat kecintaan dan kesetiaan kepada sekolah.
  • Meningkatkan prasana sekolah supaya kondusif untuk pembelajaran dan
  • Menjalinkan hubungan yang berkesan dengan ibubapa dan komuniti supaya mereka bersama-sama bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Teguran dan kritikan yang membina boleh menolong anda mencapai cita-cita. Tetapi jika kritikan itu dilemparkan untuk mencela, tabahkan hati anda dan anggaplah ia sebagai satu cabaran.