title_.jpg

Home | Program | PIBG | Lokasi | Forum | Sejarah | Logo | Organisasi | Akademik | Hal-ehwal | KoKurikulum

Aluan YDP PIBG dan Aktiviti Tahun 2007

hisham2005.jpg
Prof. Madya Dr. Hishamuddin Jamaluddin

          Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana pihak AJK PIBG SMKTDS yang telah menghasilkan laman web rasmi SMKTDS. Tahniah diucapkan kepada Pengurusi ICT & Informasi dan rakan-rakan sekumpulan yang telah berusaha keras bagi mempastikan kejayaan penghasilan laman web ini. Adalah diharapkan agar pelancaran rasmi laman web ini menjadi titik tolak kearah memperkasakan penggunaan ICT dikalangan guru-guru, para pelajar dan ibubapa SMKTDS. Laman web ini akan menjadi medan forum, komunikasi dan informasi berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh SMKTDS dan PIBG untuk pembangunan akademik, ko-kurikulum dan peningkatan sahsiah pelajar. Sokongan yang diberikan kepada pihak ibubapa dan sekolah bagi menjayakan program ini amatlah dihargai. Saya bersyukur kerana para guru dan ibubapa bagitu komited dengan aktiviti yang dijalankan. Beberapa program dapat dijayakan, antaranya ialah program akademik dihujung minggu bagi merangsang pelajar yang menghadapi peperiksaan pada tahun ini.
 
           Kejayaaan sesuatu projek tidak akan tercapai tanpa sokongan ibubapa dan juga pihak sekolah. Alhamdulillah pihak sekolah melalui pucuk pimpinannya telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
 
           Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada Pengurusi ICT & Informasi dan rakan-rakan sekumpulan yang telah berjaya membangunkan laman web rasmi ini dan semoga matlamat penerbitannya akan tercapai.
 
Terima kasih.
 
Prof. Madya Dr. Hishamuddin Jamaluddin
Yang Dipertua PIBG SMKTDS

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG SMKTDS TAHUN 2007

 

 

 

EX-OFFICIO:

 

 

 

 

 

 

TN. HAJI KASSIM BIN MAHADI

YANG DIPERTUA

:

PROF. DR. HISHAMMUDIN BIN JAMALUDDIN

NAIB YANG DIPERTUA

:

EN. SANIMAN BIN MAIL

SETIAUSAHA

:

CIK SITI ROHAIZA MAT YUSOFF

NAIB SETIAUSAHA

:

PN. NORMALA IBRAHIM

BENDAHARI

:

PN. RAHMAH SA'AID

NAIB BENDAHARI

:

PN. RASUNA OTHMAN

AJK IBU BAPA

:

DR. SUPPIAH BINTI SHAMSUDIN

 

:

PN. CHANDRA A/P RATNASINGAM

 

:

PN. MARGARET ONG

 

:

EN. ABD RAHMAN BIN UMAR

 

:

DR. ADIBAH AWANG

 

:

DR. MOHAINI MOHD

 

:

EN. HARUN MOHD

AJK GURU

:

PN. ZAITON HARON

 

:

PN. TAN SEOAH CHEE

 

:

EN. AZLAN HANIFF ZAKARIA

 

:

EN. MAHADIR MOHAMED

 

:

CIK JEYANTHI A/P SUPRAMANIAM

 

:

USTAZAH NORRASHIDAH ABD. HADI

AUDIT DALAMAN

:

PN. TG. ZARENA TG. AZAM

AUDIT IBU BAPA

:

EN. ZULKARNAIN MAT AMIN

PEMEGANG AMANAH (IBU BAPA)

:

PM. DR. AZMI ABD. RAHMAN

 

:

PN. NORIZAN SALLEH

 

PEMEGANG AMANAH (GURU)

 

:

PN. SITI ROHANI SARBINI

AKTIVITI TAHUNAN
 
  • Sumbangan kepada pihak sekolah untuk Hari Kokurikulum yang pertama. PIBG juga telah turut serta menjayakan program tersebut dengan membuka gerai jualan ayam panggang dan minuman. Hasil jualan telah diserahkan kepada Badan Pengawas sekolah untuk membiayai pembelian ‘blazer’ pengawas (AJK Tertinggi)
  • Menyumbang kepada Kelab Kebiru sekolah untuk untuk “Hari Keluarga” SMKTDS.
  • Tempat letak basikal pelajar telah pun siap dibina dan telah digunakan oleh pelajar.
  • Membuat simpanan deposit tetap di Bank Rakyat sebanyak RM 2000.00
  • Memberi sumbangan dan turut serta dalam program Gotong Royong Perdana ( Ke Arah Sekolah Bebas Denggi)
  • Merancang untuk mengadakan projek OHP untuk setiap kelas.
  • Menyumbang untuk Hari Sukan Sekolah
  • Menyumbang untuk kelengkapan Bilik Operasi SPBT.
  • Menyumbang kepada Kelab Bola Jaring sekolah untuk pembiayaan minuman, kasut sukan dan jurulatih pasukan.
  • Membantu pihak sekolah dalam pembinaan Astaka di padang MDJBT.
  • Memberi sumbangan kapada Majlis Kurikulum sekolah untuk program Modul Pengajaran dan Pembelajaran serta Guru Ganti ke arah meningkatkan prestasi akademik pelajar.
  • Membantu melatih pasukan bola sepak sekolah Lelaki (15) dan lelaki (18)
  • Menyumbang untuk peruntukan pakaian koir sekolah yang akan bertanding pada Mei ini.
  • Memberikan perkhidmatan mengajar pelajar-pelajar Cina peralihan berbahasa Melayu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa pelajar.
  • Membantu menghantar pelajar-pelajar menyertai pertandingan bola baling di SMK Sri Perling.
  • Memberi ceramah motivasi dan kerjaya kepada pelajar-pelajar tingkatan 5.
  • Memberikan sumbangan untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan menyertai program motivasi di Bandar Baru Uda.
  • Membiayai makan tengahari guru-guru yang mengajar kelas tambahan.
  • Memberikan sumbangan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.